Hari ini saya ditugaskan untuk menjaga ruang CVCU. Apa itu CVCU? Ialah kependekan untuk Cardiovascular Care Unit, atau nama glamour dekat Malaysia orang panggil CCU. Jadi di situ lah tempat segalanya bermula. Segalanya apa??
Oleh kerana tidak ramai patient yang harus diobservasi dan tambahan pula saya sudah selesai meng-follow-up kesemua 5 orang penderita penyakit jantung yang berada dalam keadaan kritikal-tetapi-stabil, maka saya duduk di kaunter dan berniat untuk belajar. Tetapi di situ ada dua orang doktor bertugas yang agak sibuk dan minta dibantu. Jadi saya pun menghulurkan khidmat saya untuk menampal hasil-hasil ECG ke dalam fail status para penderita. Sambil membuat kerja, kami berborak-borak. Maklumlah, sebagai rakyat asing di negara ini, banyak persoalan yang mau mereka tanyakan. Bak kata cikgu bahasa inggeris sewaktu di sekolah 'curiosity' tau? Curiosity (saya lupa apa perkataannya dalam BM).Bermula dengan perawat-perawat diruangan, bermacam-macam soalan yang mereka tanyakan tentang tanahair saya. Saya pula sangat bangga menceritakan kepada mereka. Tiba suatu saat, salah seorang doktor bertanya
"kamu memang asli Malaysia? Bangsa Melayu?"Dalam hati saya mula terfikir, adakah dia ingat saya berasal dari Papua?? Ada rupa ke?
Saya pun menjawab "Iya dok"Dia bertanya lagi "orang tua mu keduanya juga Melayu?"
Dah agak dah, mesti dia buat perangai ingat I ni mix, ceh! Tapi dia ingat I mix dengan apa? Itu rahsia! Jadi kita teruskan cerita tadi, doktor itu bertanya lagi"kamu Malaysianya yang di bagian mana"
"Selangor""Selangor itu yang dekat dgn Kalimantan atau yang bukan"
"Dekat dgn KL"Biasalah, kalau cakap KL baru mereka tau. Selangor memang tak famous ke?? Kesian…
"Di Malaysia kamu ada ikut foto-foto ta?"
"foto-foto???" sangatlah blur dengan pertanyaan kali ini…"Maksudku, modeling"
OMG!!! Kau tengok muka aku ni ada macam model ke??! (Walaupun sebenarnya dah start kembang)"Oh ngak dok, ngak pernah. Malah ngak bisa. Aku kan gemuk!" jawapan yang penuh merendah diri.
"Gemuk dimananya? Maksudku itu, kamu kan tinggi, bagus, masa ngak bisa jadi model?"OMG x 2!!! Kembangnya, malunya, mana nak sorok taik lalat dekat muka ni?? Tapi, dia tak nampak ke spare tyre saya yang menumpuk ni?! Atau mungkin dia hanya sekadar memerli? Tapi saya tetap perasan kalau maksud dia tu saya 'bagus'. 'Bagus' itu maksudnya cantik ke?
Kenapa sebelum ini tak pernah ada orang yang kata saya 'bagus'? Mungkin, sebab hari ini buat julung-julung kalinya saya memakai eyeliner. Kenapa saya pakai eyeliner hari ini?Saya pakai eyeliner hari ini sebab… apabila saya bangun tidur pagi tadi, mata saya seperti menyepet (sepet) beberapa millimeter. Saya kelihatan seperti seorang sumo Jepun yang tembam dan bermata sepet. Kenapa tiba-tiba jadi macam ni? Mungkin sebab saya kelebihan tidur.
Malam kelmarin, saya tidur jam 10 kerana saya merasa tidak enak badan. Mama dan papa menelifon saya malam itu, lalu sebagai seorang emak, mama perasan suara saya berubah seperti orang yang sedang selsema. Sebenarnya saya tak perasan pun saya selsema. Mama suruh saya makan ubat dan makan vitamin. Jadi, saya pun mengambil sebiji Chlorpheniramine Maleat (atau nama glamour CTM) dan menelannya dengan bantuan beberapa teguk air minuman Aqua. Sejurus setelah itu, saya tidur dan tidak terjaga sama sekali sampai jam 6:15 pagi.What 6:15am??! terkejut beruk juga tadi sebab itu sudah agak lambat untuk saya. Kenapa saya tak dengar bunyi alarm? Nasib baik saya dengar bunyi sms. Saya sangat happy, sebab boyfriend saya sms pagi-pagi. Adakah kalau dia tak sms, saya akan terlajak tidur?
Walaubagaimanapun, sambung cerita tadi, mata saya menjadi sepet sebab saya terlebih tidur. Atau mungkin saya alergi obat CTM??? Tidak!! Ini bukan Steven-Johnson Syndrome! Saya tidak alergi obat, lebih-lebih lagi CTM. Sudah banyak kali saya mengkonsumsinya. Eh, over la plak.
Dipendekkan lagi cerita, setelah selesai jam kerja, saya pun pulang ke rumah dengan niat untuk bercermin. Betul ke I ni boleh jadi model? Kalau tengok badan, memang out lah kan sebab banyak lemak, kalau tinggi, InsyaAllah boleh pakai, kalau cantik? Masih belum dapat dipastikan. Jadi, sejurus setelah sampai ke rumah, saya pun berniat untuk bercermin. Tetapi sebelum sampai ke cermin, saya telah meng-on laptop dan duduk menghadapnya sehingga lupa untuk menukar pakaian, malah saya juga lupa untuk melihat wajah saya yang (fill in the blanks). Maklumlah, saya terus chatting dgn bf saya…Semasa sedang menghadap laptop, saya pun teringat untuk bercermin, tetapi cermin saya terletak di belakang meja belajar. Jadi, dengan menggunakan teknologi canggih yang terdapat dilaptop ini, saya pun on la webcam (sebab dekat webcam boleh mencermin diri). Seperti yang semuanya sedia maklum, kadang-kadang saya menjadi narcissi apabila berada di depan webcam sehingga tercapturelah beberapa foto yang dikatagorikan sebagai 'gambar-gambar tak boleh blah~'.
Bila dah puas tengok muka serious, mula lah boring dengan muka sendiri, lalu saya cuba membuat beberapa wajah yang mungkin akan jadi wajah saya kalau saya benar-benar seorang kacukan.Oh, tengok rambut saya yang sudah sebulan tidak di-saloon. Fringe saya pun dan semakin panjang dan boleh disikat ke tepi sehingga saya tidak lagi ber-bang seperti kanak-kanak istimewa kelas peralihan. Sejak mula jadi Dokter Muda, rambut saya tak pernah di spa. Kesian… tapi, kan saya guna Rejoice yang seakan-akan menggantikan perawatan minyak panas. Tapi, itu kan hanya di iklan, dimana pada hakikatnya syampu itu tidaklah sehebat mana pun… tipuuuuuu!Sambung cerita sikit, pagi tadi saya dapat Starbucks Caramel Macchiato. Saya dibelikan 'minuman tenaga batin' itu oleh Frente yang baru sahaja pulang dari Surabaya (Ya lah, dekat Malang mana ada Starbucks, BOOO!!). Frente, saya sayang kamu!
Tahukah anda Caramel Macchiato adalah minuman yang mendapat ranking ketiga dalam senarai minuman-minuman terhebat yang pernah saya minum? Sebelumnya mestilah Caramel Java Chips Frappuccino. Tapi yang pertama, saya tetap peminat setia air mineral!
Panjangnya saya tulis! Okay, sambung next entre.