Saturday, January 2, 2010

Azam tahun baru (title yg lagi trend)

Sebab semua orang (maksudku saya ramai orang) selalu buat new year resolution, maka saya juga ingin cuba membuat new year resolution atau juga dikenali sbg azam tahun baru.

Tak nak lah buat azam tahun baru yang poyo2, sbb azam yang poyo2 selalunya 90% akan berakhir dgn kepoyoan juga. Cliche sangat utk buat azam untuk menjadi lebih baik, lebih rajin, lebih sopan, lebih kurus dan sebagainya dimana azam itu hanya akan berakhir pada awal-awal tahun baru sahaja (KECUALI azam ingin menjadi lebih kurus yg intermitten).

Jadi tahun ni, saya rasa saya patut buat azam lain yang lebih realistik dan senang untuk diaplikasikan. Saya berazam untuk cuba senyum tutup mulut atau nama lain senyum tak nampak gigi.
kenapa nak senyum tak nampak gigi?

Tiba-tiba saya mahu mengenang zaman dahulu sebelum memakai braces, hampir 70% gambar saya senyum tutup mulut. Oleh kerana mulut saya lebar, maka kelebaran senyuman saya akan selalu menampakkan seolah-olah saya senyum sangat ikhlas dan penuh dengan kebahagiaan.

Tapi sejak gigi dah agak cantik setelah membuka braces, hampir 99% foto saya lebih sering menunjukkan hasil kerja orthodontist saya yang hebat dan berjaya merapatkan celah di antara gigi-gigi saya dalam tempoh 12 bulan sahaja dengan total harga yang telah mama saya bayar tak kurang RM5000 (termasuk permanent retainer saya yang sampai sekarang masih tertanam dibelakang gigi atas dan bawah). Senyuman saya yang menampakkan gigi kadang-kadang kelihatan fake seolah-olah saya membuat-buat bahagia. Well, nampak je buat-buat, tapi ikhlas kok!

Lagi satu mungkin senyum nampak gigi membuat saya kelihatan lebih keanak-anakan kerana saya bukan tersenyum malah tersengih. Kadang-kadang kelihatan seperti ada sesuatu yang tersembunyi dibenak fikiran. gEe hee hee!!

Azam tahun baru ini bukanlah bermaksud saya tidak akan senyum nampak gigi sama sekali, tetapi saya akan lebih menyesuaikan senyuman saya dengan keadaan. Jadi tak adalah nampak macam saya asyik tersengeh, atau asyik senyum-control-ayu je..

p.s : klau tak senyum nampak gigi, membazir pulak dah pakai braces mahal-mahal dulu... hmm~

p.s.s : HAPPY NEW YEAR!!

3 comments:

farish izaryl @izreez said...

cm nk kai gak tp tkot

Bil said...

takyah la pakai.. natural je. okay perr

nana said...

tu je azamnye? haha...smlt berjaya~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...