Sunday, January 24, 2010

Bagaimanakah syaitan lakhnat itu berjaya membuat saya berblog?

It's past 2 in the morning and it's Sunday!

I'm looking forward to be awaken by the sun shining on me this morning. Therefore it's okay not to be asleep by now (yet)…

Okay, sebenarnya dalam otak rasa macam nak blog dalam BM, sebab hari-hari asyik cakap BI and BJ. Jangan salah anggap, BI bukan Bahasa Inggeris, tapi Bhs Indonesia dan BJ pula adalah Bhs Jawa. Jadi sebab itulah saya ada rasa bertanggungjawab untuk mengekalkan kehebatan saya berBM melalui blog untuk entri malam ini.

Awalnya tadi, saya sedang mengerjakan tugas atau lebih dikenali sebagai 'responsi' ataupun assignment gitu. Ok, tipu. Sejujurnya, sebelum berblog, saya berniat untuk mengerjakan tugas itu, tetapi perhatian saya dialihkan oleh beberapa ekor syaitan durjana yang dapat menlelehkan iman saya untuk menjadi rajin supaya saya berblog (Hah, blog ni! Kacau je, biasssse dia!).

Sebenarnya saya memang ada niat itu sejak petang tadi lagi, tetapi saya telah memilih untuk ke saloon kerana saya dambakan urutan kepala dan bahu, serta rambut saya memerlukan sebuah hair spa.

Namun begitu, setelah pulang dari saloon, saya menunaikan niat untuk melakukan assignment dan saya telah berjaya menyelesaikan SATU bab! *tepuk tangan*. Setelah itu, saya terpaksa meninggalkan kerja saya kerana harus pergi menonton filem tengah malam, Sherlock Holmes di Matos (ya, saya terpaksa pergi kerana sudah beli ticket! Klau tak pergikan membazir namanya…). Setelah pulang dari menonton, sekali lagi saya berniat untuk menyambung kerja saya yang terkendala tadi. Tetapi, ya itulah…

Bagaimanakah syaitan2 lakhnat itu berjaya membuat saya berblog?

Ceritanya begini…

Mari mulakan dengan tajuk tugas saya, yaitu Dengue Hemorrhagic Fever. Memang benar saya mempunyai banyak bahan bacaan sebagai revisi, tetapi bahan bacaan saya mungkin terlalu bagus kerana mereka diimport dari negara-negara mat salleh yang maju terletak nun jauh disana sehingga mereka tidak banyak membahaskan tentang Dengue, kerana demam dengue bukanlah satu masalah besar bagi mereka. Padahal di negara ini, angka prevelensi demam dengue amat tinggi sekali. Maklumlah negara-negara di kawasan yang beriklim tropis dan subtropis memang begitu (negara 'endemis' namanya), banyak peluang untuk vektor virus Flavivirus berkembang biak! Mungkin di negara mat salleh yang nun jauh disana, nyamuk Aedes aegypti takde can pun nak bernafas! (Kedinginan mungkin!). Pasal tu la mereka tidak men-detail apabila membincangkan tentang demam Dengue di buku-buku mereka!

Oleh kerana keadaan yang mendesak, saya terpaksa meminta bantuan kawan saya untuk meminjamkan buku-buku tempatan yang banyak membahaskan topik yang berkaitan dengan hal demam dengue ini.

Jadi, Frente, sebagai seorang penuntut spesialis ilmu penyakit dalam datang membawakan saya beberapa bahan untuk tugas saya itu. Dia memberikan saya sebuah beg kertas yang didalamnya bukan sekadar buku, tetapi juga beberapa lembaran penelitian dan beberapa buah buku nota (yang masih baru) berserta dua batang pen. Melihatkan hal tersebut, saya berasa amat terharu kerana dia sangat baik hati untuk meminjamkan saya buku-bukunya juga memberikan saya 3 buah buku nota yang dia dapatkan secara percuma apabila menghadiri seminar pagi tadi.

Setelah keterujaan melanda buat beberapa minit membelek-belek buku nota baru yang berkulitkan iklan ubat, saya teringat bahawa saya masih ada banyak buku nota yang belum terpakai. Ya, banyak sekali! Kemudian, saya mengumpulkan kesemua buku nota yang belum terpakaikan itu, lalu mendapat ide untuk memblog tentang mereka! Maka terciptalah blog ini! Okay, the end of story.

Oops, mungkin belum end yet…

Inilah dia buku-buku nota yang belum terpakai. Sebenarnya, ada yang dah pakai sikit2 waktu clerkship dan panum dulu. Tapi masih banyak helaian kosong yang masih boleh diisi.Saya mengaku bahawa saya adalah seorang pencinta alam! Betul! Saya dapat merasakan perasaan marah apabila melihat kertas, kotak, kadbod dan botol yang dibuang begitu sahaja walaupun keadaan mereka masih sesuai untuk dikitar semula. Saya juga merasa sakit hati apabila melihat orang fotostat hanya menggunakan sebelah muka kertas sahaja padahal mereka boleh memfotostat dengan menggunakan helaian kertas itu secara maksimal. Selain itu, saya rasa macam nak bunuh je organisasi atau administrasi yang berkerja dengan menggunakan begitu banyak unsur kertas. Contohnya, pejabat imigrasi di negara kuno-lapok ini yang masih mengharuskan para aplikator untuk membeli fail kadbod untuk menyimpan data-data yang dituliskan di atas beberapa kertas. Sedangkan, kerja itu tidak sahaja membazir kertas, malah membuang masa dan tenaga. Kalau pakai sistem computer saya yakin perkerjaan mereka akan lebih efektif, efisien dan mersa alam.

Mungkin kerana saya dibesarkan dengan hasil wang kitar semula dan telah ditanamkan sifat untuk mengitar semula. Jangan salah anggap, kedua ibu bapa saya bukanlah orang 'paper lamaaa', tetapi di rumah, kami mempunyai tempat khusus di dalam stor untuk meletakkan barang-barang yang layak untuk dikitar semula dan kami akan ke pusat kitar semula untuk menukarkan 'sampah' kami dengan voucher belanja di pasar raya Giant. Walaupun, kami mengitar semula tanpa mengharapkan voucher belanja itu, kerana kami melakukan dengan ikhlas demi Bumi tercinta.

Sekarang, saya melakukan inisiatif meletakkan dua buah beg plastik di rumah ini untuk meletakkan kertas/kadbod/kotak dan botol kosong untuk dikitar semula. Mulanya beg plastik itu diletakkan di dapur, tetapi kurang mendapat sambutan, kerana masih kelihatan ada dari anggota rumah ini yang masih memberikan nafkah yang tidak patut kedalam tong sampah. Jadi, saya meletakkan beg plastik itu di samping pintu masuk rumah. Semoga housemates saya mempunyai perasaan sayangkan Bumi dan mendapat kesadaran tentang pentingnya kitar semula!

Saya mengaku bahawa saya bukanlah pencinta alam sejati yang sangat dedikasi, tetapi setidaknya saya cuba yang terbaik! Cuma sekarang, saya banyak menggunakan tisu untuk menghembuskan hingus lalu membuangkan ke dalam tong sampah (kerana tisu berhingus tidak patut dikitar semula!). Tetapi, setiap kali itu, saya akan teringatkan mama yang pernah menasihati saya supaya menggunakan sapu tangan apabila selsema dan membasuh sapu tangan itu dan mengambil sapu tangan yang baru dan seterusnya. Mama benar-benar melakukan itu setiap kali dia selsema. Tetapi, saya tidak ada sebegitu banyak sapu tangan...

Eh, kenapa tersasul sampai cerita recycle ni??

Dan ini, adalah buku nota yang saya pakai sehari-hari ditempat kerja. Sudah diisi separuh!

Sudah hampir jam 3 pagi. Saya juga sudah mula mengantuk. Adakah kerana ianya jam 3 saya mengantuk? Atau kerana saya baru mengkonsumsi ubat selsema yang mempunyai efek sedatif? Ya, mana2 juga jawapannya, saya tidak peduli. Saya mau tidur! Selamat malam!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...