Thursday, November 27, 2008

Dengan penuh perasaan

Semalam sempat terkembang bila dia perasan saya macam Gabriella Montez. Dia kata, waktu pertama lihat Gabriella, dia teringat saya. If that was supposed to be his biggest kept secret… dia buat saya perasan. Sejak dari itulah dia menjadi penggemar no.1 HSM. Tapi saya juga perasan dia macam Troy Bolton. Jadi kami memang secocok!!! Bak kata orang putih, we have the chemistry. Kenapa chemistry ya? Kalau ditranslatekan balik – kami ada kimia. Hah, pelik!

Tapi, adik-adik saya malah rasa saya lebih kepada Sharpay Evans. Mungkin sebab saya seorang kakak yang macam Sharpay kepada Ryan. Atau di rumah, saya agak gedik seperti Sharpay. Walauapa pun, saya lebih suka pendapat si dia yang mengatakan saya seperti Gabriella! Dengan perasaan yang agak confident (perkataan confident tak dapat difikirkan bahasa melayunya), kami telah menukarkan nama kami menjadi Zuff Efron dan Nabilah Hudgens. Bunyinya juga sesuai! Kan kan???

Ada juga pendapat dia yang saya tidak berapa setuju. Biasa lah, bukan semua orang perfect kan? (perkataan 'perfect' tak dapat saya fikirkan bahasa melayunya). Dia kata saya sesuai menjadi seperti Blair Waldorf di atas beberapa sebab yang tak sampai hati saya nak luahkan di sini (akan mendatangkan banyak kontroversi) lagipun initial kami sama – 'B'. Tapi sebenarnya saya rasa jiwa saya lebih kepada Serena van der Woodsen. Mungkin sebab saya memang suka Blake Lively sejak dari Sisterhood of Travelling Pants dan sama sekali tidak pernah mengenali Leighton Meester sebelum dia menjadi 'B', dalam kata lain, popularitinya kurang.

Saya rasa dia juga amat sesuai menjadi Nate Archibald memandangkan wajahnya yang macho dan perwatakan dia yang sememangnya baik dan tenang. Padahal, dia lebih menganggap dirinya sebagai Chuck Bass. Memang la Chuck tu hot dan sesuai dengan B, tapi… Well~

Kalaulah adik saya membaca apa yang saya tulis ini, mesti dia demam dan termuntah-muntah. Harap-harap tidak. Lebih baik jangan! Nanti mesti tak dapat konsentrasi untuk SPM (sebab saya selalu menjadi 'nightmare' untuk dia). Setelah menonton HSM on ice haritu pun, dia terpaksa menyerah kalah dan mengakui bahawa sayalah Gabriella, dan bukan lagi Sharpay, or I'll be bugging her her whole life (tolong ditranslatekan...).

Phew… akhirnya, saya berjaya mengarang dalam Bahasa Melayu *tepukan gemuruh!*. Saya tak dapat recall (perkataan 'recall' tak dapat saya fikirkan bahasa melayunya) bila kali terakhir saya menulis dalam bahasa Melayu – masa SPM kot. Jangan pandang rendah dengan penggunaan Bahasa Melayu saya walaupun ayat saya tidak berbunga-bunga, tapi saya adalah pencapai A1 dalam SPM Bahasa Melayu. Sebab… saya adalah Perempuan Melayu dan amat berbangga!

Ps: nnt saya akan cuba berlatih mengasah bakat dalam menulis dalam bahasa melayu lagi sehingga saya menjadi seperti Datuk A. Samad Said. Tengok la nanti…

3 comments:

zaf said...

hehehe..i have no comment dear.muahhhxxx!love u so much.

Bil said...

i love u to cookie bass.
i think i can accept being B coz i love her dressings ;)

MIZZIDIEY said...

ow, gud2!!
kagum saye... hhuhu...
bahasa melayu anda tidak ade bau2 indon~ lagi saye kagum..
lalalala~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...