Hari ini adalah suatu hari yang dianggap 'done' tapi sebenarnya 'undone' – YET. Yer lah, itu kan dah jadi salah satu daripada erti Indonesia kepada saya – Undonesia.
Memang membengangkan, tapi biasa lah. Sejuk… sejuk… (cool). Tarik nafas, hembus nafas. Phew~
5:30 am : Buat julung kalinya tidak tidur semula setelah Subuh, kerana harus menyelesaikan beberapa tugas yang terkendala akibat tertidur awal semalamnya.
Bertemankan Teh Tarik 3 in 1 cap ChekHup dan biskut gula cap Khong Guan. OMG, teh tarik ku rupanya tinggal 1 sachet sahaja lagi. Ini semua gara-gara Angah yang tersalah beli. Angah, I asked for CekHup teh tarik, not Ipoh White Coffee!!!
7:30 am : (ponteng kelas) Setelah selesai semuanya, saya keluar rumah menuju kedai photostat yang berhampiran untuk memfotostat dan membeli binder clip yang cukup besar untuk meng'klip' Tay-Are (TA @ Tugas Akhir @ thesis) saya yang setebal 70 page okAY~. Tetapi malangnya kedai itu tutup, jadi saya terpaksa meneruskan perjalanan langsung ke tempat menunggu angkut. Mujur, ada ada satu kedai photostat dekat situ (saya seboleh-bolehnya tak nak photostat dekat campus sebab mereka mencekik darah), tapi rupa-rupanya, nyonya tua tauke kedai tu lagi mencekik darah. Ada ke patut fotostat harga 200 rupiah sekeping! Mahal tau!! Klau nak convertkan, lebih kurang 7 sen, tapi saya rasa macam 20 sen. Juga, saya membeli klip kertas besar dengan harga Rp2000.
8:00 am : sampai di lab mikrobiologi. Yay, saya nampak Drh. Sri Murwani. Alhamdulillah… bukan senang nak jumpa dia! Dia hanya ada di kampus sampai jam 8:30 pagi. Dokter ni memang sibuk, sebab dia bukan sahaja seorang pakar mikrobiologi, tetapi dia juga dosen (lecturer) di kampus dan juga seorang doktor haiwan!!! Untuk membuat temu janji dengan beliau, saya terpaksa memonteng tiga kuliah! Setelah mendapatkan tandatangan beliau, saya ke lab Faal (physiology), untuk mendapatkan tandatangan Dr. Soemardini pula (atau nama glamournya Dr.Din)
9:20 am : Setelah satu jam menunggu, akhirnya, itu dia Dr.Din datang dengan Mercedes antiknya. Dr.Din menyarankan agar saya mendapatkan seorang dosen dari lab Biochemistry yang mau dan sudi untuk melihat presentasi dan sekali gus menjadi penguji bagi TA saya. Dua orang dosen BioChem ter-famous adalah doktor gigi, tetapi malangnya mereka sangat sibuk dan terpaksa menolak permintaan untuk menjadi penguji saya.
9:40 am : Setelah beberapa nombor saya telifon dan menghabiskan beribu-ribu rupiah credit, saya berjaya mendapatkan seorang penguji, iaitu Dr. Supranowo dari lab Pathology Anatomy. Walaupun dulu saya ingatkan dia adalah seorang pembantu lab *malu*
(don't play2, dia antara orang yg terpenting di Rumah Sakit Dr.Saiful Anwar yang dapat mendiagnosa pasti suatu keganasan cancer, tumor, dll), tapi sejak dulu saya memang suka doktor ni, tak tau kenapa. Mungkin sebab dia kelihatan sangat baik, suci dan menenangkan (sebab dia selalu pakai baju warna putih dan dahi dia ada tanda macam orang kuat sembahyang!! Hehe :P ).
10:00 am : Dari kampus, saya terus berangkat ke hospital kerana Dr. Supranowo sedang bekerja di lab PA.
10:30 am : Sampai di hospital dan bertemu dengan beliau yang sedang asyik melihat slide di bawah mikroskop. Walaupun saya cuma ingin mendapatkan tandatangan beliau, tetapi right there and then juga doktor itu cuba menguji saya. Hah, menggeletar juga vesicle urinary saya mendengarkan soalan2cepumas dari dia.
Tapi seperti biasa, dengan Pay-Day (PD @ Percaya Diri @ self confidence) saya menjawab soalan2 itu dengan muka penuh ke-kondifenan, walaupun sebenarnya saya menghentam.
Mungkin kah ini soalan2 yang bakal ditanya pada hari presentasi saya kelak? Google, jangan tak google!
11:00 am : Pulang ke rumah untuk meng'print' bebarapa dokumen, tapi sebenarnya saya tak perlu pun dokumen tu. Jadi saya keluar semula dan mengambil angkut ke kampus (again!). Semasa menunggu angkut, saya ke kedai fotostat nyonya tua yang mencekik darah tadi. Saya beli lagi satu binder clip.
11:20 am : Sampai di kampus untuk bertemu dengan Dr. Din, tetapi dia sedang menguji thesis orang lain. Jadi saya ke lab parasitology untuk bertemu dengan Dr. Sudjari (so far, dia lah doktor yang saya paling rapat, sebab dia dosen pembimbing (consultant) I untuk thesis ini) dengan harapan dia dapat memberikan jawapan kepada soalan2 mencabar dari Dr. Supranowo tadi.
Setelah berbincang, akhirnya saya mendapat sedikit masukan bernas yang akan saya fikirkan ayat-ayat bombastic untuk menjawab pertanyaan2 itu pada hari presentasi/ujian thesis itu nanti!
11:45 am : Bertemu juga dengan Dr.Din untuk mendapatkan tandatangan terakhir untuk melayakkan saya menentukan tarikh ujian TA. Setelah berjaya mendapatkan semua tandatangan-tandatangan penting dari kesemua dosen-dosen yang terlibat, saya langsung berlari ke office TA untuk mendaftar. Tapi nampaknya masa sangat mencemburui saya, semua kakitangan di situ sudah keluar berehat.
12:00 pm : Pergi makan tengah hari. Bertemu dengan Putri seperti biasanya dia seorang yang sangat excited. Dia mendesak saya untuk mengikuti English debate untuk mewakili seluruh angkatan saya.
Oh man~ I'd love too, but I just have too much to think about right now. Dia merayu-rayu, tetapi saya tidak berani janji kerana saya masih 'stress' dengan TA dan tidak mampu untuk membebani lagi diri ini dengan perkara-perkara yang tidak begitu penting. Kalau saya dan debate team saya (Christina dan Andrew) mengikuti debate pada tahun ini, mungkinkah kami akan mengulangi sejarah? *pandang atas sambil memikirkannya*
1:00 pm : office tu masih belum beroperasi. Jadi saya tunggu sambil berborak-borak bersama 3 orang junior yang kebetulan ada di situ. Wah, Rohani ambil piano lesson!!! Itu lah yang saya sudah lama fikirkan, mama juga menyarankan agar saya mencari piano class, tapi piano class dgn ABRSM syllabus mahal la pula… (dekat Indon byk music syllabus lain selain ABRSM).
1:20 pm : office TA dah bukak, saya pun meneruskan proses registrasi. Tarikh ujian sudah ditentukan, dan saya berasa lega setelah semuanya 'selesai'.
2:00 pm : Dalam perjalanan pulang ke rumah, Dr. Murwani menghantar sms dengan berita yang kurang baik. Dia tidak dapat mengkonfirmasikan tarikh ujian yang telah ditetapkan atas persetujuan semua pihak, kerana dia ada satu hal yang belum tentu. Jika benar dia tidak dapat menghadirkan diri pada hari dan masa yang ditetapkan, maka saya harus memulakan semula proses mencari tarikh baru yang sesuai dengan jadual semua dosen dan penguji dan kekosongan ruang tempat ujian. !@#%$^&* sabar… sabar…
3:00 pm : Setelah membersihkan diri dan menjalankan kewajipan yang patut, saya menunggukan hujan petang turun seperti hari-hari sebelumnya. Hujan petang bagaikan suatu rahmat yang memberikan sensasi seperti 'aircond' dimana amat sesuai untuk tidur petang yang enak yang dapat membebaskan rasa tertekan setelah seharian bertungkus-lumus berjuang untuk mengakhiri salah satu daripada beribu stress yang saya hadapi.
10:40 pm : walaupun malam masih muda, tetapi saya sudah merasakan beban di mata. Good night!
p/s : Taylor Hanson news update! BESOK saya perlu meng-google untuk mendapatkan berita terbaru dari forever-hearthrob saya itu!!! saya merindui zaman remaja dimana otak, hati dan seluruh jiwa raga saya dipenuhi dengan Hanson, Hanson, Hanson. Malah saya sudah mendapatkan restu dari papa (jika) saya mengahwini Taylor Hanson. HAHAHAHA Alaa... tu dulu! tapi sekarang?? :P
No comments:
Post a Comment