Thursday, January 1, 2009

Genius yang palsu

Selamat Tahun Baru

Sempena tahun baru ini, saya ingin mengucapkan Selamat! Semoga kita selamat pada tahun baru, tahun yang mendatang, dan di dunia dan juga di akhirat. Amin!

Memandangkan sudah lama saya tidak menulis dalam Bahasa Malaysia, biarlah hari ini menjadi harinya saya menulis dalam Bahasa Malaysia. Sebab… tak lama lagi saya akan pulang ke Malaysia! Yeeehaaa!!! jadi kena practice ckp BM ke? (Kenapa setiap kali saya menulis dalam BM mesti kena ada alasan? Ntah la labu…)

Saya paling menyampah apabila situasi begini terjadi :

Salah seorang kenalan menegur saya di Facebook Messanger. Tak lah kenalan rapat sangat, tapi rapat lah juga sebab kami sekelas
Orang tu : Halo Bil!

Me : Halo *tOoT* (name cannot be displayed)

Orang tu : Lg apayin? Udah blajar ya?
(What's up? You must have been studying)

Me : Lg facebooking la, chatting ama km jg.. ngapayin? (I'm facebooking and chatting with you too, why?)

Orang tu : udah blajar ya kali.. makanya bs ngobrol2an(must have done studying then, that's why you have time to hangout (on the net))

Me : masih sih… lg stress makanya ak online! Knp? Km g blajar? (Still studying, but stress currently, that's why I'm online. Why? Aren't you studying?)

Orang tu : Waduh, stresss!!! Ak belum mulai lg!!! buanyaaak poUL materinya! OMG, stress! I haven't even started! There are too extremely much to study)

Me : Mulai dong… Cuma tinggal brp hari ni. Ato km emang udh mulai dr dulu, makanya skrg bisa nyantai2 (Go start studying… only few days left (to finals). Or you actually studied (even before the study week) and that's why you can relax now?)

Orang tu : muales soane… ak tipe yg SKS (sistem Kebut Semalam). (the thing is, I'm lazy, I'm the last minute kinda person)

Me : Ok
(then I appear offline)

Dari perbualan di atas, apakah sebenarnya yang cuba dinyatakan oleh kawan saya itu?
Saya seringkali berhadapan dengan perbualan-perbualan tak masuk akal yang menjengkelkan seperti ini. Sampai sekarang saya masih tak faham apa objektif sebenar mereka.

Kenapa mereka suka cakap mereka tak belajar? Padahal duduk dalam bilik pulun buku sampai lunyai. Duduk atas kerusi sampai lebam bontot, lebam mata dan lebam segala-galanya. Ada juga yang menjadikan buku atau kertas-kertas nota sebagai bantal busuk mereka. Tak tidur malam, tak makan, tak mandi, sebab sibuk menelaah pelajaran sampai lupa dunia!

Ini bukan kali pertama saya berhadapan dengan manusia-manusia aneh yang tak mengaku mereka belajar. Sejak dari sekolah dulu saya telah menemukan beberapa manusia yang berperangai sedemikian, lagi-lagi bila saya di Indon yang memang banyak manusia aneh, koleksi kawan-kawan aneh saya bertambah! Mereka ya, memang pelik! Berbeza dengan saya. Saya akan sangat berbangga bila saya belajar. Untuk dapat menahan diri saya di meja belajar dan berhadapan dengan buku-buku pelajaran adalah salah satu kejayaan yang besar dan bermakna buat saya, sebab belajar perlukan pengorbanan, belajar perlukan motivasi dan iman yang kukuh. Jika saya berjaya membuat 'aktiviti belajar', saya amat berbangga dan merasakan diri saya sebagai seorang yang berjaya, bermotivasi dan beriman. Di situ saya tau bahawa dalam diri saya, ada juga sisi yang serious, bukan main-main. Bahkan kadang-kadang saya mengambil gambar bila saya belajar! Alangkah ghairahnya…

Kesimpulan saya tentang perangai makhluk-makhluk aneh yang tak mahu mengaku mereka belajar ini adalah kerana mungkin mereka adalah bukan genius semula jadi, tapi sangat berharapkan orang ramai menganggap mereka genius. Nanti bila keluar results, orang-orang yang 'tak study' ni lah akan mendapat markah paling tinggi. Jadi, orang-orang lain yang tertipu dengan helah mereka akan menganggap mereka ni genius.

"Waahh, tak belajar, tapi dapat markah tinggi! Genius gila!! Whoaaaa hebat!!!" (dgn ekspresi muka :-O cuba taip dekat YM anda, beginilah ekspresi muka kagum tetapi sebenarnya tertipu)

Dan manusia-manusia aneh ini akan berbangga dengan puji-pujian 'genius palsu' yang diberikan itu. Biarlah, asalkan mereka bahagia. Tapi alangkah kesiannya, bak kata orang putih… PATHETIC! u know~

Ini hanyalah suatu hipothesis… kepada yang terasa berperangai pelik dan mempunyai ciri-ciri seperti di atas, mungkin anda boleh menyatakan alasan anda kepada saya. Saya masih 'curious' ni!

7 comments:

SAFfy SafiAh said...

omg bil!
this kind of person sgt2 lah wujud dan trlalu rmai.rse nk ketuk pale pon ad.
huhu.lagi satu spesis yg duk risau kite blaja lagi byk dr diorg.lyk daaa.go n get a life la~~
haha.masuk beremosi plaks.
hee.

Bil said...

OMG!!! btol2!!
ade lagi satu spesies makhluk aneh yg risau kalau tengok org lain blaja!!! HAHAHAHAHA i ade kawan matrix yg teramat lah paranoid yg mcm tu.. like duhhh!!~

lawak lawak...

Millie said...

hahaha. kwn u tu takkan baca blog u ke bil? yess! ada org begituu. tak blaja konon. pastu ade yg blaja sorok2.. tanak btau org die pegi blaja. ish. tak luak punn.

pelik2.

jellyfungus said...

you know, i was reading that online conversation with had your friend out loud in my head with all the indonesian slang (well, trying hard to!).. i was like.. OMG! terbelik lidah. you speak indonesian malay fluently?? gempakkk!!!

Bil said...

millie : blaja sorok2? wakahkahkahkah!! mcm buat dose plak nak sorok2. PELIK!
org tu taktau i ade blog KOT. tp klau dia bace pun takpe.. i mmg suke berterus terang~

neem : yea. i speak indon (when i have to).

zaf said...

i will pay other people to take exam for me.Just use my id,thats all.Love u B..MUAHHXX!!

Bil said...

hahaha u dont have to do that chuck bass.. ure already so brilliant. better than everyone else!! love u too!! xoxo, B.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...