Assalamualaikum, selamat petang dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua yang sedang membaca. Diharap anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat di samping keluarga tercinta, atau kepada yang berjauhan dari keluarga, bersabarlah.
Kini, tibalah masa untuk saya berblog dan menulis dalam Bahasa Melayu, iaitu bahasa jiwa bangsa saya!
Semalam, saya berbaju kurung ke hospital. Sedang saya mengobservasi seorang doktor yang sedang melakukan prosedur 'chest tube insertion', dia tengok saya, dan tengok lagi buat kedua kalinya dan berkata
"Oh, Melayu ke?"
"yer lah! Bistu? Ingat I ni ape? benggali?!" tapi cakap dalam hati la…
Doktor tu orang kedua yang baru tau saya orang melayu. Sebelumnya, ada seorang M.A yang mula-mula tengok saya, lepas tu cuba baca name tag, lepas tu dia cakap
"Awak orang Melayu eh?"
Waduh, kok gitu sih… emangnya loe ingat gw apa?
"A'ah, kenapa?!"
"Boleh cakap Melayu la ni?"
"Boleh!! Jawa pon boleh!" dengan nada sarcastic skit…
Tak faham betul lah orang-orang Melayu zaman sekarang ni. Tak kenal dengan kaum sejenis. Tu lah Dr. M cakap, Melayu mudah lupa!
Tapi, adakah ini semua silap saya? Sebab saya tak banyak cakap Melayu? Ye lah, kawan-kawan saya dekat department tu tak ada seorang pun Melayu. Tak kan lah nak cakap Melayu dengan orang Scottish? Mereka cakap English dengan slang Scottish pon saya terkial-kial nak faham, atau cakap Melayu dengan dua budak British yang 'puckee' tu? Memang buang tebiat. Kalau dengan kawan-kawan Cina, mereka pun asyik cakap English. Kalau dengan doktor-doktor, mereka pun cakap English. Jadi, bila masa nak tunjukkan kebolehan berbahasa Melayu saya yang power ni? Tapi, saya cakap lah jugak BM dengan para MA dan nurse, sebab memang koloni mereka sentiasa ber-BM.
ATAU MUNGKIN…
Sebab saya tak berpakaian kebangsaan? Perempuan Melayu kena pakai baju kurung ke?
Please lah!!! Bukan saya tak suka pakai baju kurung, tapi pada saya baju kurung sangat cliché. Awak tau tak 'cliché' tu ape?
Semasa saya di kolej, saya berbaju kurung setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad. Malah, nak keluar ke bandar juga harus mengenakan baju kurung, nak pulang ke rumah juga harus berbaju kurung. Pokoknya, sepanjang berada di kolej sampai keluar dari pagar kolej, harus berbaju kurung. Rimas! Rasa terkurung berbaju kurung. Peraturan ridiculous yang macam itu lah telah membuat saya rasa seperti 'berbaju kurung adalah suatu peraturan'.
Sedangkan sebelumnya saya akan mengenakan baju kurung pada Hari Raya, semasa menghadiri majlis-majlis rasmi, ke tempat-tempat suci, ataupun sekadar untuk bergaya ke tuition class (sekali sekala…). Saya menganggap baju kurung sebagai suatu lambang keagungan bangsa Melayu dimana kedaulatannya harus dijaga, pemakaiannya harus digandingi hati yang suci dan mulia, perasaan yang tenang dan hiba (bukan sebab dipaksa), dan oleh itu baju kurung tidak sesuai dipakai oleh sebarangan orang disembarangan tempat.
Jika kedaulatan baju kurung dijaga sedemikian rupa, maka tidaklah timbul pandangan 'Melayu Cliché'.
Tapi sayang, zaman sekarang, baju kurung sudah disalahertikan. Tidak dinafikan, saya juga sering menyalahertikan fungsi 'baju kurung', ni semua salah undang-undang kolej matrikulasi atau mana-mana IPTA yang membuat peraturan supaya pelajar perempuan harus berbaju kurung lah! Dimanakah logikanya? Hanya semata-mata mahukan pelajar nampak sopan dan menghindari daripada pelajar berpakaian yang kurang sopan atau menjolok mata, baju kurung dijadikan sasaran. Sehingga muncullah revolusi fesyen baju kurung – baju kurung moden lah, baju kurung jarang lah dan sebagainya. Kenapa orang merosakkan fesyen baju kurung yang telah menjadi suatu tradisi sejak zaman kesultanan Melayu?
Nak tau kenapa???
Sebab, dengan peredaran zaman, suhu dunia semakin meningkat, perangai manusia pun semakin pelik. Kalau kena pakai baju kurung setiap hari, maka kepanasan la semua orang diselubungi kain yang lebih kurang 4 meter panjang dan serba melitupi tubuh. Untuk mengurangkan rasa panas dan meningkatkan ventilasi dalam pakaian mereka, maka timbullah baju kurung berkain jarang. Lagipun, sedia maklumlah lengan baju kurung memang besar dan menggelebeh, bila cuci tangan, lengan baju pun ikut tercuci, bila makan, lengan baju pun ikut makan, kotor lah. Potongan badan baju kurung juga besar termasuklah kain sarungnya juga besar. Jadi kadang-kadang kain baju kurung akan tersangkut di pintu kereta, di pintu tren. Maka disinilah timbul fasyen baju kurung moden yang mengikut potongan tubuh badan. Jadi, tidaklah timbul baju tertinggal di luar apabila badan dah masuk ke dalam, sebab kalau baju gelebeh kan senang tersepit dekat celah-celah mana-mana… malah ada yang sampai tercarik dan terkoyak. Bila kain dah terkoyak sikit, susahlah nak alter…
Tau kenapa susah??
Sebab tekstile yang selalu digunakan untuk membuat baju kurung ni dikatakan hampir 'ekslusif'. Sering dijual dalam bentuk potongan. Selalunya tak ada dua potongan yang mempunyai design yang memirip (untuk design abstrak dan bunga-bunga). Amatlah jarang kalau anda mahu menemukan orang berbaju kurung dengan design yang 100% sama. Ada memang ada, tapi jarang. Jadi, disebabkan hal ini lah, kalau terjadi sebarang kerosakan terhadap baju kurung, amatlah sulit untuk dicarikan penggantinya. Sebab selalunya baju kurung dibuat dengan menggunakan kain yang sama dari baju, lengan, hinggalah ke sarungnya. Kalau design tekstilnya bunga merah, maka berbunga merahlah dari hulu sampai ke hilir. Lalu akan digayakan dengan tudung polos berwarna merah juga.
Bercerita tentang Melayu Cliché…
Masih berkaitan dengan baju kurung. Daripada hasil observasi saya sejak sekian lam, saya dapati bahawa perempuan melayu mempunyai suatu jenis pakaian yang layak juga digelar sebagai 'pakaian seragam' mereka. Saya mula perasan hal sedemikian semasa saya di sekolah berasrama penuh (ok, not talking about it!). Pada mulanya saya amat terkejut, mereka semua mempunyai jenis tekstile baju kurung yang boleh dikatakan sama, cuma warna dan design bunga sahaja lain sedikit. Kemudian, semasa di kolej, saya sering perhatikan kawan rapat saya yang sememangnya mempunyai timbunan baju kurung. Baju kurung-baju kurung dia cantik lah juga, tetapi… ada sesuatu yang sama dengan semua baju kurung tu.
I just couldn't figure it out, but there was something very similar with all the bajus. Not only her baju, but everyone elses' too!!! It was freaky turned to nightmare.
Kemudian, saya cuba bandingkan baju kurung saya dengan baju kurung mereka, hmm… tak dapat 'perasaan sama' tu pun. Jadi saya pun tanya kepada kawan rapat saya tu, dimanakah dia sering membeli baju kurungnya. Dia jawab, mak dia yang jahit sendiri. Wow! Mama saya tak pernah pun jahitkan saya baju kurung. Jadi, dimanakah mak awak beli kain baju? Dia jawab, dekat 'Tangkak'. Haaa!!! Itu lah jawapan yang saya pernah dengar dari teman se-dorm semasa saya di asrama penuh dulu. Mereka memang big fan of 'Tangkak textile shopping spree'!. Ada juga antara teman saya yang membeli kain di Nilai. Yes!!! Itu juga salah satu tempat famous mereka berbelanja kain baju kurung! Hampir 80% perempuan berbaju kurung yang saya temukan di tepi jalan, atau di dalam train, atau di kampus, atau di mana-mana sahaja, saya dapat rasakan kesamaan jenis tekstile mereka. Dalam kata lain, I can sense the similarity of their textiles though they visibly look different, so Tangkakish/Nilaiish.
Saya rasa, saya dapat membezakan baju kurung Tangkak/Nilai dengan baju kurung yang Non-Tangkak/Nilai. Masih tak tau apa sebenarnya yang menjadikan kain baju kurung Tangkak/Nilai ini sangat 'special' sehingga mudah dikenal pasti, tetapi Alhamdulillah saya masih mempunyai fashion sense dan tidak terikut-ikut dengan fesyen Melayu cliché zaman sekarang. Mereka hanya mementingkan kuantiti baju kurung yang mereka ada sebab hari-hari mereka pakai 'pakaian seragam berwarna-warni' ini ke tempat kerja atau ke kelas. Tetapi tidak sedikit pun mereka hiraukan tentang kebanggaan memakainya, sebab kebanyakan baju kurung mereka senang didapati di kedai-kedai menjual pakaian siap jadi (atau dijahit sendiri dengan membeli kain potong yang banyak bergantungan di ratusan kedai di kompleks tekstile Nilai). Ditambah pula dengan fesyen tudung yang mengikut peredaran masa. Sekejap fesyen tudung selendang yang dililit di leher sampai macam nak tercekik dan melekat di kepala sampai nampak bentuk kepala yang bulat/bujur, sekejap fesyen tudung yang bersulam di tepi, baru-baru ini fesyen tudung bling bling, sekarang pula fesyen tudung yang keras di depan… lepas ni, apa pulak? Suka lah tu pakai tudung yang sama jenis dengan kawan-kawan, sampai satu pejabat pun pakai tudung yang sama.
Is this called a phenomenon? Uniformity? Or they simply are fashion victims?
Saya tidak bermaksud untuk mengutuk atau memperkecilkan mana-mana pihak. Ini cuma pendapat ikhlas dari saya yang dapat diluahkan dalam blog saya. Sekali lagi, dalam blog saya (bukan blog anda!). Tidak saya nafikan, saya juga dengan tidak sengajanya sering memandang remeh akan baju kurung. Saya anggap baju kurung sebagai pakaian kecemasan apabila saya sudah terlambat untuk bergaya ke kuliah. Memang senang berbaju kurung. Tak perlu fikir untuk mix & match sebab memang dah sepasang baju dan kain sama sahaja. Kadang-kadang, baju kurung juga tidak perlu diseterika sebab baju kurung terlampau sarat dengan bunga-bunga sampai tidak menampakkan kedutan-kedutan. Saya sering berpakaian mengikut keselesaan, kalau baju kurung saya diperbuat dari kain kapas (cotton), itu saya punya suka lah. Murah ke, macam budak kampong ke, tapi asalkan saya tak macam awak!!!