Malam semalam secara tiba-tiba saya ada keinginan berat terhadap nasi ayam. Kempunan la katakan. Saya mengidamkan nasi ayam seperti yang didefinisikan oleh rakyat Malaysia. Iaitu nasi yang dimasak dengan stok ayam sehingga nasinya menjadi agak-agak kekuningan, dan dihidangkan dengan ayam (yang saya tak tau cara memasaknya) yang sering digantung setelah dimasak, serta sambal cili, kicap cair, salad dan sup. Haa, tu baru betul nasi ayam! Bukan nasi biasa yang dimakan dengan ayam…
Saya terbayang-bayang nasi ayam yang paling sedap papa buat. Malah saya sampai dapat membaunya! Bila papa masak, seluruh rumah akan terbau aroma enak yang sangat dasyat. Lebih-lebih lagi apabila papa masak lamb chop yang dipanggang di dalam microwave. Baunya sungguh menusuk dan menakutkan. Memang takut! Sebab kambing sangat tinggi kadar kolesterolnya. Walauapa pun, papa memang sangat handal memasak! Dia seperti Jamie Oliver.
Kerana terlampau frustrated sebab tidak dapat menunaikan keinginan berat terhadap nasi ayam, saya pun mengalah, lalu merebahkan diri ke atas katil. Saya tidak ingat apa yang terjadi setelah itu. Lalu, setelah terjaga, keinginan itu hilang. Yay, dah tak kempunan!!!
Kan saya dah kata… tidur itu adalah pengubat segala macam penyakit! Bukan sahaja penyakit, tidur juga dapat menghilangkan masalah dalam sekelip mata (satu kelipan mata yang minimum 5 jam)! Pasal tu saya suka tidur. Semua orang tau saya suka tidur. Tidur memang best!
Hah… begini lah nasib. Saya menerima banyak saranan dari kawan-kawan, kakak dan makcik saya supaya memasak sendiri nasi ayam. Tetapi, itu tidak seperti yang saya bayangkan. Saya mengidamkan nasi ayam yang sudah siap terhidang di depan mata tanpa perlu bersusah-payah. InsyaAllah, kalau masih mempunyai keinginan untuk makan nasi ayam, hajat itu akan termakbul dalam masa 4 – 5 bulan akan datang.
7 comments:
nasi ayam 1! heheehehh
20 steps to nasi-ayam-paling-senang
1. jerang air + halia (ditumbuk sikit) dlm periuk.
2. masukkan ayam + garam + stok ayam
3. angkat ayam (setelah masak) dan lalukan dgn air sejuk - biar kulit dan isi tak terburai. toskan ayam.
4. beras dibasuh
5. panaskan kuali dgn butter and halia
6. masukkan beras dan goreng sebati
7. setelah beras sebati, masukkan dlm periuk nasi
8. masak dgn air rebusan ayam
9. pintal daun pandan dan campak kedalamnya
10. masak nasi
11. ayam tadi diperap dgn sos tiram + kicap pekat
12. masukkan ayam dlm fridge
bila nak makan
13. goreng ayam dgn minyak yg banyak
14. hidangkan ayam dgn nasi tadi
15. dan air rebusan ayam sebagai sup!
cili?
16. cili hidup dibuang biji, diblend bersama bawang putih + sikit air rebusan ayam
17. masakkan atas api
18. add gula + cuka
kicap?
19. kicap manis + sos tiram + air rebusan ayam + bontot ayam
20. semuanya masak atas api sekejap
semua dihidangkan bersama timun, salad + tomato
cuba-lah try sekali. kalau bil buat, amek gambar, alg bwk g celabu mkn ketam!
si si, kaki ketam does has toes like ketam. and also got mulut like xxxxxx.
wahh bil..u buat i kepingin nasi ayam lak. one day klu u buat event apa2..birthday party ke mintakla ur dad masak nasi ayam.. nak rasa gak his version :)
WOWW!!! apa tu?? recipe nasi ayam?! kan bil dah ckp.. bil nak makan nasi ayam yg dah siap depan mata! bukan beras, halia, minyak, etc.. btw, so sweeeet of u along! ur nasi ayam is the 2nd best after papa!
corey : last year eman, dd, nadh & izha dah dtg my house makan nasi ayam. hehe
rizz : sini bukan kedai makan! awak sesat...
umi : ketam got toes?? *im figuring out the xxxxxxx*
hye bil~!
kat surabaya ade nasi ayam. ayo la turun surabaya! hehe..
serious ke shikin??! okay! nnt if i dtg surabaya i call u!
oh wait, dkt penang village eh?
Post a Comment