Thursday, May 13, 2010

Bermula dari lepat pisang...

Semalam malam, sebelum memulakan acara memuja mimpi, tiba-tiba saya mengidam untuk makan sesuatu. ‘Sesuatu’ itu bukanlah sesuatu yang pelik pun, cuma saya dapat merasakan tekanan yang sungguh mendesak diri saya untuk mendapatkannya. Padahal, ‘sesuatu’ itu tak ada dijual di sini. Jadi, tidak ada cara lain untuk memuaskan ‘nafsu pelik’ saya ini, kecuali dengan membuat ‘sesuatu’ itu sendiri.

Saya terlampau extremely merasakan bahawa saya harus makan Lepat Pisang! Oleh kerana hari sudah terlampau malam, amat tidak mungkin untuk saya membuat lepat pisang. Lagi pula, pisang pon takde! Jadi, saya lanjutkan aktiviti memuja mimpi sehingga ke pagi (dengan air liur meleleh).

Tadi pagi, saya bangun tidur dengan perut yang sedang dalam persiapan untuk mengadakan konsert. Sebelum konsert dimulai, dengan segara saya bersiap-siap untuk keluar mencari makanan. Housemates saya semua sudah bersiap untuk menghadiri Mesyuarat Agung UMNO, alamak! (minta ampun dan maaf kepada para MT UMNO… *larriiiii*).

Alang-alang keluar rumah pagi, saya pun melanjutkan diri ke pasar. Hari ini memang saya berniat untuk menyahut cabaran saya no.7 yang berbunyi ‘Cook a complete meal for at least a couple of people’ (rujuk blog post semalam). Memandangkan hari ini cuti, maka sesuailah untuk saya memanfaatkan hari ini untuk menunaikan cabaran saya yang no.7 itu.

Menu hari ini adalah lauk paprik ayam dengan majoriti sayur-sayuran. Kenapa saya pilih menu ini? Sebab… *rahsia*. Dan sebab lain adalah ini menu 2-in-1. Lengkap, ada ayam dan ada sayur. Kan cabaran saya berbunyi ‘a complete meal’, yang mana bererti harus sesuai dengan piramida makanan. Harus ada karbohidrat – nasi, protein – ayam, lemak – masak pakai minyak ok, serat – sayur. Ini bererti tidak perlulah untuk saya menggunakan periuk atau kuali lain untuk memasak sayur, kerana semuanya (ayam dan sayur-sayuran) akan saya campakkan ke dalam kuali yang sama.

Untuk pencuci mulut, saya buat lepat pisang! Yayyyy!!! Akhirnya, termakbul juga impian saya untuk makan lepat pisang. Terima kasih kepada Ima yang sudi membantu melenyekkan pisang dan membungkus. Untuk minuman, saya buat cold rosella pink tea.


Ha, memang cukup ‘complete’ meal hari ini, siap dengan pencuci mulut. Oh ada juga lauk no.2, iaitu tempe goreng. Eh mane boleh lupa tempe goreng! Dan di cabaran itu berbunyi ‘for at least a couple of people’, betul! Saya cuma masak cukup untuk dua orang, yaitu saya dan Ima (Housemates lain makan di jamuan mesyuarat Agung UMNO).

Tentang resepi lauk paprik, itu adalah hasil pencarian Google. Tetapi tidak saya turuti 100%. Kenapa? Sebab… biasalah, saya seorang yang rebellious. Saya telah melakukan beberapa pengubah suaian, seperti, didalam resepi :
tertulis 4 biji tomato, tetapi saya cuma letak 2 biji.
Daripada 2 helai daun limau purut, saya letak 2 ½ helai.
Disuruh 2 sudu besar cili kisar, tetapi saya letak agak banyak sehingga saya lupa berapa sudu sebenarnya telah saya masukkan.
Tertulis 2 inci halia, saya cuma letak 2 cm halia, kerana saya cuma boleh mengagak ukuran 2 cm dengan jari tangan saya berbanding 2 inci. Saya cukup yakin saya memakai 2 cm halia, kerana saya tau ukuran jari saya (saya selalu mengukur kedalaman panggul wanita hamil dan pembukaan cervix mereka dengan jari saya tanpa menggunakan sebarang alat pengukur). Tips dari papa, kulit halia tidak perlu dikupas, kerana banyak khasiat pada kulitnya.

Dalam cara memasak, disuruh memasukkan cili kisar, garam dan sos tiram setelah bawang ditumis. Tetapi, saya tidak suka mengamalkan untuk memasukkan garam sewaktu dalam proses memasak. Kata doktor yang mengajar ‘Public Health’ sewaktu dikuliah dulu, kalau memasukkan garam sewaktu dalam proses memasak, mineral dari garam itu akan berkurang dan merosak. Sebaiknya diletakkan garam semasa mahu menghidangkan makanan (sebab ini lah dinamakan ‘table salt’), atau setelah selesai memasak. Jadi saya letakkan garam setelah selesai memasak. Saya yakin tindakan ini tidak akan mengubah rasa masakan saya secara signifikan.



WOW! Sedapnya saya masak! Walaupun Ima tidak memuji masakan saya, namun saya yakin dia rasa sedap. Kerana Ima seorang yang pendiam, jadi tidak heranlah dia tidak cakap ‘sedapnyaa Bil’. Tak pe, yang penting saya bangga. First attempt successfully completed! Challenge #7 – success!

Next time, saya akan lebih mempertimbangkan untuk memasak. Bukan saya tak suka masak, tetapi saya tidak suka keadaan huru-hara di dapur, saya lebih memilih untuk melihat makanan yang sudah jadi dan langsung memakannya tanpa memikirkan untuk mencuci periuk, senduk, pisau dan yang sewaktu dengannya. Saya akan sangat suka memasak jika saya ada ‘assistant, dimana semua bahan-bahan akan disiapkan assistant, dan semua peralatan memasak akan dibersihkan oleh assistant, dan saya hanya perlu memasukkan bahan-bahan kedalam kuali dan quality control sahaja. Sama sepertinya kerja seorang doktor, cuma perlu memikir dan menulis, dan akan dikerjakan oleh para perawat. Itu lah teamwork!

2 comments:

NanaNovella said...

tapi kan bil..mak i salu pesan..kalu tak sedap, diam.. myb ima diam kerana........hihi

Bil said...

HMMMMM!!!!!!! bLuErk!
tp i tau sedap!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...