Kenapa nama dia Nasi Padang?
Huh, orang yang tak pernah belajar Geografi pun mungkin boleh jawab soalan ni!
Nasi Padang memang terkenal! Lebih-lebih lagi di Indonesia. Siapa yang tak pernah makan nasi padang? Oh wait, belum menjawab pertanyaan tadi… Nasi Padang dikenali sebagai ‘Nasi Padang’ kerana ianya diilhamkan oleh kaum yang tinggal di daerah nun jauh di Pulau Sumatera iaitu daerah Padang. Pasal tu lah nama dia Nasi Padang. Mungkin kalau orang Subang Jaya dapat mengilhamkan sejenis masakan, akan kita namakan Nasi Subang, walaupun tak ada kena mengena dengan sebarang barang hiasan wanita.
Jadi tadi, saya pergi makan dekat restaurant nasi padang yang terkenal. Saya tak tau pun kalau restaurant ni sebenarnya terkenal, sehingga pada suatu hari, sewaktu mama datang menjenguk, mama tanya
“Takde ke Nasi Padang mcm Rumah Makan Sederahana ke?”,
Oh, mama pun tau restaurant ni rupanya… mesti selalu makan dengan papa dekat Jakarta! Memang betul! Sebenarnya saya pun pernah makan dekat restaurant yang sama tetapi franchise di Jakarta, cuma waktu tu saya tak tau pun nama restaurantnya apa, main hentam makan je asal kenyang! Tapi Frente selalu bercerita tentang restaurant favourite papanya.
Di situ, seperti yang direkomendasikan orang ramai adalah lauk otak dan rendang limpa. Uish, exotic betul bunyinya! Jadi, dengan perasaan penuh ‘curiousity’ (saya terlupa bahasa melayunya apa) saya pun tabahkan hati, tetapkan iman, untuk mencuba otak lembu itu! Saya tak suka makan otak, tapi saya suka mencuba makanan baru, asal halal, lagi exotic lagi bagus! Terasa diri seperti di dalam rancangan Fear Factor, dan ada pula angan-angan untuk menjadi pengganti Andrew Zimmern untuk rancangan Bizarre Food di AFC.
Ini lah gambar otak lembu yang saya makan. Tetapi sayangnya, saya gagal menghabiskannya kerana tidak senang dengan konsistensinya yang membuatkan suasana di dalam mulut saya terasa seperti mau muntah.
Agaknya, ini bahagian otak yang mana ya? Medulla oblongata? (eh, saya suka bunyinya – medulla oblongata *baca dengan slang*). Apakah mungkin ini bahagian yang dinamakan Amygdala? Atau Cingulate Gyrus? Kerana, setelah memakan otak ini, saya merasakan lebih emosional dan aggressive. Kesian boyfriend saya terkena tempias otak lembu yang saya makan!
Lihatlah ni, banyak betul lauk yang dihidangkan! Walaupun cuma berdua, tetapi piring lauk yang dihidangkan sampai bertingkat-tingkat! Bahaya juga makan Nasi Padang kalau dihidangkan macam ni, silap-silap boleh kena ‘charge’ sampai beratus-ratus ribu rupiah! Tapi nasib baik lah kami pemakan Nasi Padang yang berpengalaman, jadi kita cuma memilih yang kita mau makan, dengan meng’control’ iman supaya tidak memakan kesemuanya! Tricky betul Nasi Padang ni sebenarnya. Sesuailah dengan namanya pun nasi Padang, memang banyak trick yang harus ditackle!
Setelah selesai mengisi perut, kami ke sebuah kedai alat tulis. Saya yang beria-ia mau ke sana kerana saya ingin membeli pen Standard Fizz 202. Dah lama dah saya berhajat untuk ke kedai alat tulis tu, sebab di kedai lain tidak ada jual pen tersebut. Pen tersebut memang sedap digunakan untuk menulis! Harganya juga SubhanAllah, amatlah murah. Jadi saya terus beli satu kotak yang berisi 12 batang a.k.a saya beli satu dozen pen! Murah! Jangan risau. Harga 12 batang hanyalah Rp12500. Jadi kalau nak di’convert’kan ke RM, tak sampai 40sen!
Memang sedap pakai pen ni! Pernah sampai terjadi satu peristiwa dimana pen saya hampir dikebas oleh seorang doktor pipi gelebeh untuk dijadikan hak miliknya, tetapi saya berjaya menyelamatkan dan merampas kembali pen saya!
Sekarang, saya akan lekatkan sticker nama 'Bil' pada setiap batang pen untuk menghindari dari kecurian. Eh, dah la tamak beli sampai satu dozen, kedekut plak tuH!
Biassse dia!
2 comments:
alg pon nak 2 dozen!
dia fine ke medium?
kalau medium nak 5 dozen.
tq!
dia 0.4mm
fine la tu.. tp takde tajam sgt. but sgt best!!
Post a Comment