Saturday, January 8, 2011

Iota #25 - Super Ring

Sila mengaku siapa masa kecik2 tak pernah makan benda ni?


Takde orang mengaku? Ye lah, sebab semua (kot) orang suka makan ni especially masa kecik2 zaman sekolah rendah.

Pastu, kalau dulu I makan benda ni dengan penuh gaya, macam ala2 mami jarum. Bling bling habis~


Dulu muat masukkan jari sampai ke bahagian proximal phalanges, tapi sekarang macam dah tak muat... Gemss!

Lepas makan, mesti jari2 jadi macam ni, pastu malas nak pergi basuh tangan.


Maka baju sekolah akan ada kesan2 degil color oren2 sebab kena benda ni. Kalau dah tahap pemalas sangat, kain baju sekolah akan jadi mangsa, lap tangan dekat situ. Budget tak nampak la kotor sebab kain baju sekolah color dark blue.

Bila balik rumah and Kak Siah nak basuh baju baru dia bebel2. Tapi I kan rebellious, atau kira macam majikan derhaka, akan buat muka annoyed!

Pastu mama pun marah sebab makan benda2 tak senonoh macam tu. Bila dah besar... Baru sedar betapa tak sihatnya makanan ni. Tapi, lepas dah beberapa tahun tak makan, rindu plak!

Xoxo
(BlogPress via iPhone)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...