Saturday, January 22, 2011

Thank you & good bye sayang

Frust menonggeng ok?!
Ye la, siapa tak frust bila dapat sms berita buruk bila kita tengah mengharapkan berita baik?

Tengah hari tadi Pak Yusuf (dokter specialist kepada Tuan Besar laptop) telah mengisytiharkan bahawa Tuan Besar kesayangan tidak dapat diselamatkan kecuali dengan biaya yang cukup besar. What??! Lebih baik beli baru! Konon je nak beli baru, padahal nak bayar baiki pun takde duit, poodah!

Amatlah sedih. Sampai tidur petang pun termimpi-mimpikan Tuan Besar kesayangan yang tidak lagi dapat berfungsi dengan normal. Macam manalah agaknya nasib saya ni tanpa dia? Terkontang-kanting hidup, haru-biru, hiruk-pikuk, kusut-masai dan gundah gelisah.


Sebenarnya Tuan Besar memang dah lama menghidap bermacam2 penyakit kronik. Setiap kali saya balik Malaysia, mesti Dr.Papa akan memperbaiki, ada sahaja yang diterapi, sehingga Tuan Besar kelihatan seakan-akan sihat walafiat. Walhal, dia sakit, fizik nampak sihat, tapi mental dia merana. Nak kata kena infeksi virus, tak jugak. Tuan Besar ada bermacam2 perangkat imunisasi.

Mungkin saya yang bersalah, tidak pandai menjaga harta benda. Tapi, dimanakah salah saya? Wallahualam. Sekarang, saya dah sadar, walaupun masih bingung. Saya berjanji akan lebih berhati-hati dalam menjaga harta milik sendiri. Tolonglah berikan saya satu lagi kesempatan untuk membuktikan yang saya mampu menjaga harta, tidak lagi lalai atau sembarangan. Tolong!

Atau mungkin juga musibah ini merupakan petanda — bahawa sudah sampai waktunya untuk membeli laptop baru.


Klau ada rezeki saya nak laptop kecik, yang senang dikepit di bawah ketiak dan dibawa kemana-mana. Juga tidak perlulah saya memanggilnya 'Tuan Besar' lagi. Mungkin 'Cik Comel' atau 'Cik Kecik'


Atas katil sebelum tidur pun boleh baca-baca medical journal dari laptop. Baru baca abstrak, langsung tertidur.

Sebenarnya saya sudah berazam untuk bertahan dengan Tuan Besar kesayangan sekurang2nya 1 tahun lagi. Kerana saya berharapkan untuk dapat mengumpulkan wang dari hasil titik peluh sendiri untuk membeli laptop idaman. Please deh anak dara sorang ni, umur dah nak suku abad, tapi satu sennn pun tak pernah dapat. Asyik kena suap je! Eh, bukan rasuah, tapi suap oleh mama dan papa. Tapi bukan suap masuk mulut, cuma transfer dekat bank je.

Oleh kerana Tuan Besar kesayangan telah dengan segala penat lelah menghambakan dirinya kepada saya selama 3 tahun (wOohoo~ laptop korang boleh ke thn 3 thn?), maka, dari hati yang tulus dan ikhlas saya ingin berterima kasih sebesar-besarnya kepada Tuan Besar.

Seandainya Tuan Besar ditakdirkan untuk tidak dapat disembuhkan walaupun dengan biaya yang tinggi, dan harus hidup dalam kecacatan permanent, saya rasa haruslah saya mengucapkan selamat tinggal wahai laptop ku sayang.


Gambar ini memang tak ada kena mengena, atau mungkin ada. Gambar 'Bil dan Zana dibawah pokok di Makam Bung Karno'.

Xoxo
(BlogPress via iPhone)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...