Saya rasa seperti mahu menulis dalam Bahasa Melayu. Sebab… sebab saya Orang Melayu! (tolong lah jangan mempersoalkan ke-Melayu-an saya yang sudah jelas ni) Related entry : "Enjoy studying"
Jadi, selama ini saya menulis dalam bahasa Inggeris adakah bererti saya seorang yang berbangsa Inggeris? Oh tak. Tak mungkin pun. Kalau saya cakap saya ada kacukan Inggeris pun orang takkan percaya. Mungkin minda saya yang dijajah Inggeris, sebab Malaysia pernah dijajah Inggeris suatu ketika dulu, walaupun masa itu saya belum dilahirkan. Saya tak tau kenapa saya jadi orang Melayu, sedangkan datuk nenek moyang saya berasal dari kepulauan Jawa, ada yang berasal dari kepulauan Sumatera dan ada juga yang berasal dari bangsa Bugis (ada sesiapa lagi yang saya ter-miss out??). Dari mana datangnya Melayu saya ini pun saya kurang pasti. Adakah saya dari keturunan Orang Asli? Jakun? Kuala? Macam tak je… walauapa pun keturunan saya, saya tetap berbangga dengan asal usul saya, kerana saya yakin mereka adalah dari kalangan manusia yang berakal bijak, pintar, cerdas serta berbudi pekerti mulia – seperti saya!
Membuang air besar adalah suatu perkara yang besar bagi saya. Ye lah, namanya juga buang air besar. Anda akan lebih menghargai proses ini anda jika anda di dalam situasi saya. Jangan fikir bukan-bukan, saya tidak konstipasi maupun buasir. Saya disahkan normal oleh Dr. Choo. Frekuensi buang air besar saya juga mengikut ke'normal'an diri saya dan konsistensi tinja saya juga normal. Tetapi, saya amat menghargai proses penyahtinjaan. Begitu taksubnya saya menghargai proses ini, sehingga saya terhalang dari menghadirkan diri ke diskusi farmakologi 8 pagi tadi (walaupun sebenarnya saya sudah bersiap dari pukul 5.30 pagi).
Akhir-akhir ini, saya rasakan seperti penyebaran neurotransmitter di otak saya berjalan dengan kadar kecepatan yang rendah. Ini terbukti sewaktu saya mengadakan presentasi IKM (Ilmu Kesehatan Masyarakat a.l.d.s (atau lebih dikenali sebagai) Public Health). Saya didesak oleh rakan-rakan sekumpulan untuk mempresentasikan bahagian saya dengan cepat tanpa elaborasi yang panjang lebar kerana kami telah kesuntukan masa. Jadi untuk tidak mengelaborasikan apa yang dipresentasikan di slide, saya rasa cukup sekadar saya me-'refer' kepada hujah-hujah yang telah dibentangkan oleh kawan-kawan saya yang sebelumnya. Saya merasa agak gementar semasa presentasi berjalan dengan posisi saya berdiri di hadapan kelas, perasaan gementar itu timbul buat julung kalinya (mungkin sebab saya memang jarang berperasaan yang aneh-aneh). Semasa hendak me-'refer' kepada salah seorang ahli kumpulan kami, saya tiba-tiba terlupa nama dia. Sama sekali lupa! Supaya tidak ada 'pause' yang begitu panjang, dengan spontannya saya bertanyakan kepada dia
"What's your name again?" dan dia menjawab "Haykal".
Beberapa milidetik kemudian, kedengaran riuh rendah dari audience dengan ketawa-ketawa kecil dari beberapa penjuru ruang kuliah. Huh, sampai begitu sekali kelembapan otak saya pagi tadi! Adakah kapasiti memori saya menurun? Atau cuma kecepatan berfikir saya yang berkurang? Atau mungkin juga kerana saya dalam keadaan gementar?
2 comments:
hi,
teringat zaman sekolah bile bacer citer best ni.... ni citer diri sendiri ke?
yes. ni cerita sendiri. takkan la cerita pasal org lain kottt, dah tulis dkt situ pun 'saya'.
kenapa zaman sekolah pulak puan rillys?
Post a Comment